May 2, 2024

MEMPERKASA BUMIPUTERA PULAU PINANG DI SEKTOR PELANCONGAN MESRA-MUSLIM DAN HOSPITALITI (MFTH)

Encik Nizran Noordin dan YBhg. Tan Sri Khalid Ramli bersama penerima Sijil
Pengiktirafan MFTG.

PULAU PINANG, 30 APRIL 2024: Seramai 28 pemandu pelancong Bumiputera telah menerima pengiktirafan sebagai Muslim-Friendly Tourist Guide (MFTG) di Majlis Penyampaian Sijil Pengiktirafan MFTG oleh Islamic Tourism Centre (ITC) pada majlis yang berlangsung di Bertam Resort, di Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini. Majlis ini merupakan acara terakhir di dalam program libat urus ITC bersama penggiat industri pelancongan di Pulau Pinang yang berlangsung selama 5 hari, dengan misi memperkukuhkan ekosistem Pelancongan dan Hospitaliti Mesra-Muslim (MFTH) pulau ini, menerusi tiga buah acara. 

Program libat urus ini bermula dengan penglibatan ITC sebagai pempamer MATTA Fair Pulau Pinang, pada 26 hingga 28 April 2024 di SPICE Arena, Bayan Lepas, bersama rakan-rakan strategik, Teratak Spa dan Rangkaian Hotel Seri Malaysia. Seterusnya, ITC menganjurkan Muslim-Friendly Tourism and Hospitality (MFTH) Awareness Seminar, di Ascott Gurney, George Town pada 29 April, dan Majlis Penyampaian Sijil Pengiktirafan Muslim-Friendly Tourist Guide (MFTG) – Edisi Penang di Bertam Resort and Water Park, Kepala Batas pada 30 April 2024. Lawatan produktif ITC ke Pulau Pinang ini telah memberi peluang untuk berbincang dan berkongsi kepakaran bersama penggiat industri tempatan untuk menyusun strategi-strategi yang dapat mengetengahkan tawaran mesra-Muslim di pulau ini. 

Tentang MFTG, Ketua Pengarah ITC, agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) yang bertanggungjawab ke atas pembangunan sektor Pelancongan Islam di Malaysia, Encik Nizran Noordin menekankan kepentingan perkhidmatan mesra-Muslim di dalam bidang pemanduan pelancong, lebih-lebih lagi di destinasi pelancongan popular seperti Pulau Pinang. Ini adalah untuk menawan pasaran pelancong Muslim yang berkemampuan kewangan tinggi dan semakin berkembang. Saban tahun, pelancong Muslim menyumbang 20% daripada jumlah keseluruhan pelancong antarabangsa ke Malaysia secara konsisten. Pada tahun 2023, negara kita menerima kedatangan 4.5 juta pelancong Muslim, yang menyumbang sebanyak RM14.7 bilion kepada ekonomi Malaysia.

“Amatlah bertepatan bagi para pemandu pelancong MFTG berganding bahu dengan agensi pelancongan tempatan untuk mempakejkan tempat-tempat dan aktiviti-aktiviti menarik Malaysia ke dalam sebuah pakej Pelancongan dan Hospitaliti Mesra Muslim (MFTH) bagi pelancong Muslim yang berminat untuk meneroka kepelbagaian budaya dan warisan kita. Dari keunikan budaya Islam keturunan Melayu, India dan Cina, warisan kaum Peranakan, hidangan istimewa seperti Nasi Kandar, ke sejarah mengagumkan di Muzium Perang Pulau Pinang, terdapat pelbagai tarikan di pulau ini yang boleh ditonjolkan kepada pelancong Muslim,” kata Ketua Pengarah ITC tersebut. 

Beliau menambah, “Untuk mencapai matlamat Tahun Melawat Malaysia (VMY) 2026 MOTAC yang mensasarkan sebanyak 35.6 juta kemasukan pelancong antarabangsa, kerjasama antara penggiat industri adalah diperlukan dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan pelancongan mesra-Muslim yang mempromosikan budaya dan warisan Malaysia di peringkat antarabangsa.”

Kesemua pemandu pelancong yang diraikan telah berjaya menamatkan kursus latihan MFTG dari 5 sehingga 7 Februari, awal tahun ini. Penganjuran kursus ini merupakan sebuah usahasama antara ITC, Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (BPP BPP), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang.

Nizran juga menyatakan, “MFTG diperkenalkan oleh ITC pada tahun 2017 untuk meningkatkan kelebihan daya saing pemandu pelancong tempatan dalam menarik pelancong Muslim. Dari jumlah keseluruhan MFTG iaitu seramai 211 orang, hanya 27% dari mereka terdiri dari golongan Bumiputera. Kerjasama ITC, BPP BPP dan UiTM Pulau Pinang ini dilihat sebagai titik permulaan untuk meyakinkan lebih ramai penggiat industri Bumiputera akan kekuatan sosioekonomi pasaran pelancong Muslim berserta manfaat yang dapat mereka perolehi.”

“ITC sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan para pengamal industri yang bersemangat untuk membangunkan ekosistem MFTH Malaysia. Kami terbuka untuk berkongsi sumber dan kepakaran kami untuk mencipta lebih banyak program yang serupa dengan apa yang telah kami lakukan dengan BPP BPP dan UiTM Pulau Pinang,” ujar Nizran di majlis yang turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Khalid Ramli, Pengerusi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP). 

MFTG adalah program  ITC yang dibangunkan untuk menyediakan peluang tambah nilai kepada para pengamal industri tempatan yang berminat untuk memperluaskan tawaran perkhidmatan mereka untuk menarik pasaran pelancong Muslim. Begitu juga dengan program  Muslim-Friendly Tourism and Hospitality Assurance and Recognition (MFAR) yang mengiktiraf premis-premis pelancongan dan hospitaliti mesra-Muslim dalam bidang Premis Penginapan Pelancong, Spa dan Premis Kesejahteraan dan Urutan, Fasiliti Perubatan, 

Perniagaan Pengendalian Pelancongan, Hab Pengangkutan, Produk Pelancongan, Pusat Beli Belah, Taman Tema dan Hiburan, Hentian Rehat dan Rawat, dan Pusat Konvensyen dan Perdagangan.

 

TAMAT

 

About Islamic Tourism Centre

Islamic Tourism Centre (ITC) is an entity under the Ministry of Tourism, Arts and Culture, Malaysia, tasked to develop the Islamic Tourism segment for Malaysia. It advocates for Muslim-friendly tourism (MFT) by offering research and market intelligence, training, industry development consultation, Muslim-Friendly Tourism and Hospitality (MFTH) services standards and recognition, and information exchange.

Malaysia was named the top country in the region in the MFTH sector by the State of the Global Islamic Economy (SGIE) Report 2022. The country also retained the top-ranked destination in the Mastercard-CrescentRating Global Muslim Travel Index (GMTI) 2023, a position it has defended since the launch of the Index in 2015. In the same year, Malaysia was recognised as the Top Muslim-Friendly Destination of the Year (OIC) and the Top Muslim Women-Friendly Destination of the Year in Halal in Travel Awards 2023.

In addition, ITC was named the recipient of the Strategic Business Alliance Award at The BrandLaureate World Halal Best Brand E-Branding Awards 2021. It is a recognition of ITC’s efforts and endeavours in formulating new strategies to meet the new normal of the business environment to ensure business continuity and sustainability, notwithstanding its role in developing and growing the Islamic tourism segment in Malaysia.

These recognitions are an added motivation for ITC to continue to strengthen its efforts in being a prime mover and leading institution to ensure Malaysia is at the forefront of MFTH.

For further details, kindly contact:

Islamic Tourism Centre,

Level 13, Ministry of Tourism, Arts and Culture Malaysia

No. 2 Tower 1, Jalan P5/6,

Precinct 5, 62200 Putrajaya, Malaysia

Tel: 03-8891 7177 or via email comms@itc.gov.my

Follow ITC on these social platforms:

Facebook: Islamic Tourism Centre

Instagram: @itc_my

LinkedIn: Islamic Tourism Centre

TikTok: @itc_my

YouTube: Islamic Tourism Centre