ISLAMIC TOURISM MONTH KEMBALI PADA 16 OGOS 2024

PUTRAJAYA, 8 OGOS 2024: Bagi meraikan reputasi baik Malaysia sebagai destinasi pelancongan mesra Muslim, Islamic Tourism Centre (ITC) berbesar hati mengumumkan Islamic Tourism Month (ITM) kembali lagi pada 16 Ogos sehingga 30 September 2024. Acara ini akan memaparkan gabungan menarik pelancongan, budaya, warisan, alam semula jadi dan tawaran gaya hidup melalui rangkaian produk, perkhidmatan, aktiviti komuniti dan acara mesra Muslim di seluruh negara, dengan tawaran memukau dan harga istimewa.

Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan merasmikan pelancaran awal ITM 2024 di Hotel Seri Malaysia Kangar, Perlis hari pada hari Jumaat, 2 Ogos lalu.

ITM 2024 menjanjikan jadual padat jerayawara sepanjang sebulan dengan tawaran, promosi dan pakej produk mesra Muslim mengagumkan di seluruh Malaysia untuk rakyat Malaysia, pengunjung, keluarga, pelancong wanita, usahawan dan penggemar industri pelancongan dari semua latar belakang. 

Tawaran-tawaran ini melibatkan kategori penginapan, pakej pelancongan, pelancongan masjid (Mosque Tourism), kecantikan dan spa, tarikan pelancongan, acara dan pameran, seminar dan latihan, pakej perubatan, beli-belah dan peruncitan, program masjid dan makanan dan minuman (F&B), semuanya boleh dilayari di www.itm.itc.gov.my. Aktiviti tumpuan orang ramai seperti Hari Terbuka Masjid (Mosque Open Day), potongan harga restoran, pakej penginapan, rawatan spa dan banyak lagi akan turut menemui pengunjung tahun ini. Tambahan pula, ITM TikTok Challenge, yang berjaya meraih 1 juta tontonan pada 2023 dijangka akan sekali lagi mendapat sambutan hangat dengan tanda pagar #ExperienceITM2024.

Tahun ini, ITM akan mengetengahkan ekosistem Pelancongan dan Hospitaliti Mesra Muslim (MFTH) Malaysia yang mantap, melibatkan kemudahan dan aktiviti yang disesuaikan dengan selera pelancong domestik dan antarabangsa. Sementara itu, bagi pemain industri, ITM berfungsi sebagai platform untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan terbaik bagi merebut bahagian dalam pasaran pelancong Muslim.

Lebih mengujakan, ITC dan ITM 2024 akan turut menganjurkan 4th World Islamic Tourism Conference (WITC) pada 12 dan 13 September di Sunway Resort Hotel disamping bengkel latihan lain anjuran ITC dan rakan kerjasama lain. Ini menjadi peluang terbaik untuk menonjolkan Malaysia sebagai destinasi yang mengalu-alukan kunjungan pelancong, menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (Visit Malaysia 2026).

Ketua Pengarah ITC, Nizran Noordin memaklumkan, “Malaysia berada dalam kedudukan yang tepat untuk mempamerkan acara seperti ITM, lanjutan ekosistem MFTH yang berdaya maju dan program pengiktirafan yang memiliki reputasi tinggi seperti Jaminan dan Pengiktirafan Pelancongan dan Hospitaliti Mesra Muslim (Muslim-Friendly Tourism and Hospitality Assurance and Recognition – MFAR) dan Pemandu Pelancong Mesra Muslim (Muslim-Friendly Tourist Guide – MFTG). ITM memberi manfaat kepada kedua-dua pengguna dan pembekal, membuka peluang perniagaan kepada rakyat Malaysia untuk meningkatkan pengalaman pelancongan dengan tarikan yang meraikan budaya dan tradisi kita.”

“Penganjuran ITM juga tepat pada masanya kerana ia memenuhi aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai Hab Transit Umrah Asia, menawarkan produk dan perkhidmatan yang relevan dengan kehendak dan keperluan jemaah dan pelancong Islam. Peluang ekonomi adalah signifikan. Kami menjemput organisasi tempatan dan antarabangsa yang beroperasi di Malaysia untuk menyertai ITM sebagai rakan kongsi kami,” gesa Nizran.

Tahun lalu, 125 organisasi menyertai ITM sebagai rakan strategik. Usaha bersepadu antara ITC dan rakan-rakan strategik ini menjana promosi dan tawaran MFTH yang memaparkan budaya dan tarikan pelancongan Malaysia yang pelbagai, seterusnya memperkenalkan perniagaan-perniagaan MFTH sebagai saluran untuk menghasilkan pendapatan. Tawaran pengalaman untuk dinikmati oleh pelancong secara solo atau bersama insan tersayang, selain prospek pertumbuhan perniagaan akan diteruskan pada tahun ini.

Sertai Jelajah ITM 2024

Diperkenalkan sebagai Minggu Pelancongan Islam (Islamic Tourism Week) pada tahun 2022 untuk membuka pasaran bagi pemain industri memposisikan semula perniagaan dalam industri bersempena dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa Malaysia pada 1 April 2023, festival ini berkembang dan berevolusi menjadi Islamic Tourism Month (ITM) pada tahun berikutnya, hasil sambutan yang memberangsangkan daripada orang ramai dan penyedia perkhidmatan. Kedudukan Malaysia yang berterusan mendahului Mastercard-CrescentRating Global Muslim Travel Index (GMTI) selama sembilan tahun berturut-turut menekankan kepentingan ITM 2024, memberi penghormatan kepada masyarakat harmoni Malaysia dan dedikasi pengendali perniagaan MFTH.

Oleh itu, ITC dengan berbesar hati menjemput perniagaan yang berpusat di Malaysia untuk turut serta dan menjadi sebahagian daripada kemeriahan ini. Perniagaan dalam sektor yang disenaraikan atau berkaitan dialu-alukan untuk menyertai ITM untuk meraih manfaat dalam pasaran pelancong Muslim yang berkembang pesat:

Luaskan rangkaian anda dengan mendaftar sebagai rakan strategik Islamic Tourism Month 2024 di https://forms.gle/5zT4uPEZdKh5Uw7P6 atau hantarkan emel melalui itm@itc.gov.my untuk sebarang pertanyaan. Lawati laman media sosial kami untuk kemaskini terbaharu mengenai ITM 2024 (Instagram: itm_itc, Facebook: Islamic Tourism Month). 

TAMAT

Mengenai Islamic Tourism Centre (ITC)

ITC merupakan sebuah entiti di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang diberi mandat untuk membentuk segmen Pelancongan Islam untuk Malaysia. ITC mempromosikan Pelancongan Mesra Muslim (MFT) dengan menawarkan kajian pasaran, latihan dan khidmat rundingcara untuk pembangunan industri serta penarafan dan pertukaran maklumat mengenai perkhidmatan Pelancongan dan Hospitaliti Mesra Muslim.

Malaysia telah mendapat pengiktirafan sebagai negara utama dalam sektor MFTH di rantau ini oleh State of the Global Islamic Economy (SGIE) Report 2022. Malaysia turut mengekalkan kedudukannya sebagai destinasi Mesra Muslim utama dalam Mastercard-CrescentRating Global Muslim Travel Index (GMTI) 2024, posisi yang dipertahankan sejak indeks tersebut dilancarkan pada tahun 2015. Pada masa sama, Malaysia turut diiktiraf sebagai Destinasi Utama Mesra Muslim (kategori negara OIC) 2024 dan Destinasi Utama Mesra Wanita Muslim di Anugerah Pelancongan Halal (Halal in Travel Awards) 2023.

Selain itu, ITC turut menerima Anugerah Strategic Business Alliance di Anugerah The BrandLaureate World Halal Best Brand E-Branding 2021. Pengiktirafan ini diberi untuk mengangkat usaha berterusan ITC dalam merekabentuk strategi baru untuk memenuhi keperluan norma baharu perniagaan dalam memastikan kesinambungan dan kemampanan industri dan kini mandat diberi untuk membina dan mengembangkan segmen pelancongan Islam di Malaysia.

Pengiktirafan ini menjadi motivasi kepada ITC untuk terus memperkukuhkan usaha mereka untuk menggerakkan dan menjadi institusi terulung di Malaysia dalam merancakkan sektor MFTH.

#ITM2024     #IslamicTourismMonth    #ExperienceITM2024    #DiscoverMFAR    #myITM2024       #ITMTikTokChallenge2024    #IslamicTourismCentre   #MuslimFriendlyMalaysia    #MalaysiaMesraMuslim            #KembaraPenuhYakin

Pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi wakil media kami:

Ayu Nordin         : +6019 374 6798

Shamsul Bahrin : +6012 347 0245

Illya Asri                : +6017 507 9608

Email                     : pr.pinkandgrey@gmail.com | comms@itc.gov.my

Ikuti ITC dan ITM di platform media sosial berikut: 

Facebook           : Islamic Tourism Month | Islamic Tourism Centre

Instagram          : itm_itc | itc_my

TikTok              : itc_my

Youtube             : Islamic Tourism Centre

LinkedIn               : Islamic Tourism Centre

Scroll to Top