TEROKA TRADISI, KEMESRAAN RUMAH IBADAH DI MALAYSIA: HARI TERBUKA MASJID KEMBALI SEMPENA ITM 2025
KUALA LUMPUR, 5 September 2025 β Islamic Tourism Centre (ITC) meneruskan penganjuran program ikonik Hari Terbuka Masjid (MOD) sebagai sebahagian daripada pengisian Islamic Tourism Month (ITM) 2025. Program ini bertujuan memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap warisan Islam Malaysia serta mempromosikan pelancongan mesra Muslim melalui pendekatan yang inklusif dan berteraskan komuniti.







